Saturday, January 19, 2013

PERHENTIAN, tourists' biggest attraction

March, 2011 aku dan rakan-rakan ke Pulau Perhentian.Setiap orang bayar myr250 inclusive. makan3kali sehari,tempat tinggal,snorkeling, boat. Sangat berpuas hati dengan pakej tu sebab kawan aku sendiri yang deal dengan Pakcu, maybe travel agent yang tinggal kat perhentian kut.aku pun xsure.Bermalam dekat dorm.Dari Batu Rakit kami naik kereta ke Jeti Besut.Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam atau lebih.So kalau korang dari Airport Terengganu ke Jeti Besut maybe perjalanan mengambil masa sejam setengah je kut. For those dari Airport Kb pula, maybe ambil masa lebih kurang sejam. Kat reception Airport KB korang boleh terus nampak signboard 'Pulau Perhentian'.Maybe korang boleh ambil teksi atau van yang boleh bawa korang ke Jeti Besut. Foreigners especially dari European countries memang sangat suka datang Pulau Perhentian. Kalau kita ke sana, ibarat kita yang asing especially kat Perhentian Kecil.diorang lebih ramai daripada kita.Dari Jeti Besut kitorang naik speed boat yang memang agak laju. Kalau mulut korang tengah ternganga masa naik speed boat tu, sure air liur korang dibawa angin dan terkena kawan belakang.haha.part paling aku suka ialah bila boat tu terkena ombak besar, rasa macam naik roller coaster pun ada.Tapi jangan risau sebab kita diberi pakai BA (buoyancy aid).Perjalanan ambil masa 30-45 minute.some photos taken:click for bigger image.
this is how perhentian looks like:jeti Perhentian Kecil
Perhentian ada dua.Pulau kecil dan Pulau besar.Pakej yang kitorang ambil ialah kat Pulau Kecil iaitu dekat Long Beach.Kalau korang nk western view, korang boleh ke Long Beach kat Perhentian Kecil.Tapi part yang xbest is korang kena jalan dari jeti ke Long Beach.Agak penat sebab kena naik turun bukit walaupun xdelah extreme mana.
And kalau sape2 yang rasa macam artis atau nak bawa family and budak-budak kecil boleh ke Pulau Besar.Sebab ada resort yang best macam Awana dan lain-lain. Pulau Kecil tidak sesuai untuk family dan kanak-kanak sebab terlalu ramai tourists yang duk sun-bathing dan banyak restoren yang menjual alkohol di waktu malam hari pastu ada music yang dipasang dengan kuat dan orang joget-joget depan pantai.

Banyak sangat aktiviti yang korang boleh buat seperti gambar-gambar di bawah: sand-castling, snorkeling,mandi laut,terjun dari jeti,scuba diving. Kat sini juga menawarkan pakej untuk belajar scuba dan amik lesen.abang ipar aku selalu datang sini untuk scuba diving. Snorkeling memang best gilos sebab dapat tengok hidupan akuatik yang sangatlah lawa dengan air yang memang sangat jernih.Kalau berkesempatan korang bleh tgk shark jugak.Tapi no worries jerung tu xmakan manusia. Aku yang cuak sebenarnya masa first time tengok =P. For those yang xtahu berenang dan rasa takut-takut, jangan risau sebab tourist guide sangat berpengalaman,korang boleh je berpegang pada BA pakcik tu,pastu ikut je kemana pakcik tu pegi






Part yang paling best ialah MAKAN.haha.Makanan sangat best lebih-lebih lagi kalau korang makan dekat restoren ni.Lupa dah nama restoren ni tapi yang penting kerusi, meja semua kuning dan berhadapan dengan pantai.Certain food agak mahal yelah sebab dekat pulau kan.Tapi takpe yang penting sedapppp.nyumnyum..
Selain itu,di Perhentian Kecil kawan-kawan boleh ke satu tempat janakuasa.View dia sangat la cantik.Ada windmill ala2 netherlands gtu.Tapi kena jalan kaki,daki bukit ambil masa dalam 15minit je
Ok tu je untuk episod perhentian.Jom Cuti-cuti Malaysia.Stay tuned for more ohsem places!

No comments:

Post a Comment